“Dia
telah membeli akhirat dengan dunia, dan mengutamakan keridhaan Allah dan Rasul
atas segala-galanya.” (Mu’arrikhin).
SA’ID
BIN ‘AMIR AL JUMAHY, termasuk seorang pemuda di antara ribuan orang yang pergi
ke Tan’im, di luar kota Makkah. Mereka berbondong-bondong ke sana, dikerahkan
para pemimpin Quraisy untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman mati terhadap
Khubaib bin ‘Ady, iaitu seorang sahabat Nabi yang mereka jatuhi hukuman tanpa
alasan.
Dengan
semangat muda yang menyala-nyala, Sa’id maju menerobos orang banyak yang berdesak-desakan.
Akhirnya dia sampai ke depan, sejajar dengan tempat duduk orang-orang penting,
seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan bin Umayyah dan lain-lain.
Kaum
kafir Quraisy sengaja mempertontonkan tawanan mereka dibelenggu. Sementara para
wanita, anak anak dan pemuda, menggiring Khubaib ke lapangan maut. Mereka ingin
membalas dendam terhadap Nabi Muhammad saw., serta melampiaskan sakit hati atas
ke kalahan mereka dalam perang Badar.
Ketika
tawanan yang mereka giring sampai ke tiang salib yang telah disediakan, ‘Sa’id mendongakkan
kepala melihat kepada Khubaib bin ‘Ady. ‘Said mendengar suara Khubaib berkata
dengan mantap, “Jika kalian bolehkan, saya ingin shalat dua raka’at sebelum
saya kalian bunuh....”
Kemudian
Sa’id melihat Khubaib menghadap ke kiblat (Ka’bah). Dia shalat dua raka’at. Alangkah
bagus dan sempurna shalatnya itu. Sesudah shalat, Khubaib menghadap kepada para
pemimpin Quraisy seraya berkata, “Demi Allah! Seandainya kalian tidak akan
menuduhku melama-lamakan shalat untuk melambat-lambatkan waktu kerana takut
mati, nescaya saya akan shalat lebih banyak lagi.” Mendengar ucapan Khubaib
tersebut, Sa’id melihat para pemimpin Quraisy naik darah, bagaikan hendak
mencencang-cencang tubuh Khubaib hidup hidup.
Kata
mereka, “Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami
bebaskan?”
“Saya
tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Muhammad
tertusuk duri....,” jawab Khubaib mantap.
“Bunuh
dia...! Bunuh dia...!” teriak orang banyak.
Sa’id
melihat Khubaib telah dipakukan ke tiang salib. Dia mengarahkan pandangannya ke
langit sambil mendo’a, “Ya, Allah! Hitunglah jumlah mereka! Hancurkanlah mereka
semua. Jangan disisakan seorang jua pun!”
Tidak
lama kemudian Khubaib menghembuskan nafasnya yang terakhir di tiang salib. Sekujur
tubuhnya penuh dengan luka-luka kerana tebasan pedang dan tikaman tombak yang
tak terbilang jumlahnya.
Kaum
kafir Quraisy kembali ke Makkah biasa-biasa saja. Seolah-olah mereka telah melupakan
peristiwa maut yang merenggut nyawa Khubaib dengan sadis. Tetapi Sa’id bin
‘Amir Al-Jumahy yang baru meningkat usia remaja tidak dapat melupakan Khubaib
walau agak sedetikpun.
Sehingga dia bermimpi melihat Khubaib menjelma di
hadapannya. Dia seakan-akan melihat Khubaib shalat dua raka’at dengan khusyu’
dan tenang di bawah tiang salib. Seperti terdengar olehnya rintihan suara
Khubaib mendo‘akan kaum kafir Quraisy. Kerana itu Sa’id ketakutan kalau-kalau
Allah swt. segera mengabulkan do’a Khubaib, sehingga petir dan halilintar
menyambar kaum Quraisy.
Keberanian
dan ketabahan Khubaib menghadapi maut mengajarkan pada Sa’id beberapa hal yang
belum pernah diketahuinya selama ini.
Pertama,
hidup yang sesungguhnya ialah hidup berakidah (beriman); kemudian berjuang mempertahankan
‘akidah itu sampai mati.
Kedua,
iman yang telah terhunjam dalam di hati seorang dapat menimbulkan hal-hal yang
ajaib dan luar biasa.
Ketiga,
orang yang paling dicintai Khubaib ialah sahabatnya, iaitu seorang Nabi yang dikukuhkan
dari langit.
Sejak
itu Allah swt. membukakan hati Sa’id bin ‘Amir untuk menganut agama Islam. Kemudian
dia berpidato di hadapan khalayak ramai, menyatakan: alangkah bodohnya orang Quraisy
menyembah berhala. Kerana itu dia tidak mahu terlibat dalam kebodohan itu. Lalu
dibuangnya berhala-hala yang dipujanya selamaini. Kemudian diumumkannya bahwa
mulai saat itu dia masuk Islam.
Tidak
lama sesudah itu, Sa id menyusul kaum muslimin hijrah ke Madinah. Di sana dia senantisasa
mendampingi Nabi s.a.w. Dia ikut berperang bersama beliau, mula mula dalam peperangan
Khaibar. Kemudian dia selalu turut berperang dalam setiap peperangan
berikutnya.
Setelah
Nabi saw. berpulang ke rahmatullah, Sa’id tetap menjadi pembela setia Khalifah Abu
Bakar dan ‘Umar. Dia menjadi teladan satu-satuya bagi orang orang mu’min yang
membeli kehidupan akhirat dengan kehidupan dunia. Dia lebih mengutamakan
keridhaan Allah dan pahala daripada-Nya di atas segala keinginan hawa nafsu dan
kehendak jasad.
Kedua
Khalifah Rasulullah, Abu Bakar dan ‘Umar bin Khaththab, mengerti bahwa ucapan-ucapan
Sa’id sangat berbobot, dan taqwanya sangat tinggi. Kerana itu keduanya tidak keberatan
mendengar dan melaksanakan nasihat-nasihat Sa ‘id.
Pada
sutu hari di awal pemerintahan Khalifah ‘Umar bin Khaththab, Sa’id datang kepadanya
memberi nasihat. Kata Sa’id, “Ya ‘Umar! Takutlah kepada Allah dalam memerintah
manusia. Jangan takut kepada manusia dalam menjalankan agama Allah! Jangan
berkata berbeda dengan perbuatan. Kerana sebaik-baik perkataan ialah yang
dibuktikan dengan perbuatan.
Hai
Umar! Tujukanlah seluruh perhatian Anda kepada urusan kaum muslimin baik yang
jauh mahupun yang dekat. Berikan kepada mereka apa yang Anda dan keluarga
sukai. Jauhkan dari mereka apa-apa yang Anda dan ke luarga Anda tidak sukai.
Arahkan semua karunia Allah kepada yang baik. Jangan hiraukan cacian
orang-orang yang suka mencaci.”
“Siapakah
yang sanggup melaksanakan semua itu, hai Sa’id?” tanya Khalifah ‘Umar.
“Tentu
orang seperti Anda! Bukankah Anda telah dipercayai Allah memerintah ummat Muhammad
ini? Bukankah antara Anda dengan Allah tidak ada lagi suatu penghalang?” jawab Sa’id
meyakinkan.
Pada
suatu ketika Khalifah ‘Umar memanggil Sa’id untuk diserahi suatu jabatan dalam pemerintahan.
“Hai
Sa’id! Engkau kami angkat menjadi Gubernur di Himsh!” kata Khalifah Umar.
“Wahai
‘Umar! Saya memohon kepada Allah semoga Anda tidak mendorong saya condong
kepada dunia,” kata Sa’id.
“Celaka
Engkau!” balas ‘Umar marah. “Engkau pikulkan beban pemerintahn ini di pundakku,
tetapi kemudian Engkau menghindar dan membiarkanku repot sendiri.”
“Demi
Allah! Saya tidak akan membiarkan Anda,” jawab Sa’id.
Kemudjan
Khalifah ‘Umar melantik Sa ‘Id menjadi Gubernur di Himsh.
Sesudah
pelantikan, Khalifah ‘Umar bertanya kepada Sa’id, “Berapa gaji yang Engkau inginkan?”
“Apa
yang harus saya perbuat dengan gaji itu, ya Amirul Mu’minin?” jawab Sa’id balik
bertanya.
“Bukankah penghasilan saya dan Baitul Mal sudah cukup?”
Tidak
berapa lama setelah Sa ‘id memerintah di Himsh, sebuah delegasi datang menghadap
Khalifah ‘Umar di Madinah. Delegasi itu terdiri dari penduduk Hims yang di
tugasi Khalifah mengamat-amati jalannya pemerintahan di Himsh.
Dalam
pertemuan dengan delegasi tersebut, Khalifah ‘Umar meminta daftar fakir miskin Himsh
untuk diberikan santunan. Delegasi mengajukan daftar yang diminta Khalifah. Di
dalam daftar tersebut terdapat nama-nama si Fulan, dan nama Sa’id bin ‘Amir
Al-Jumahy.
Ketika
Khalifah meneliti daftar tersebut, beliau menemukan nama Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy.
Lalu beliau bertanya “Siapa Sa ‘id bin ‘Amir yang kalian cantumkan ini?”
“Gubernur
kami! “jawab mereka.
“Betulkah
Gubernur kalian miskin?” tanya khalifah heran.
“Sungguh,
ya Amiral Mu’minin! Demi Allah! Sering kali di rumahnya tidak kelihatan tanda-tanda
api menyala (tidak memasak),”jawab mereka meyakinkan.
Bersambung ..............
0 komentar:
Posting Komentar